Thursday, May 28, 2009

Tiada Berita dari Segamat




1. Kenapa yer.. sekarang ni,

2. Di akhbar jarang keluar berita dari segamat, adakah berita dari segamat tak de nilai untuk menaikkan jualan akhbar.

3. kita pembaca akhbar Utusan di Bandar Segamat jarang dapat edisi Johor, yang selalu kita terima adalah edisi selatan, yang memuatkan berita-berita di negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

4. Mengapa akhbar-akhbar berbahasa Cina, banyak pula keluar berita-berita dari segamat, kalau nak tengok berita dari segamat beli lah akhbar cina, kita cuma leh tengok gambar aje tapi membacanya mungkin tak ramai yang tau.

TV3 buat program di Segamat


Kembara TV3,

Tempat; Dataran Segamat
Tarikh; 28 May 2009
Masa; 2.00pm-7.00pm

Tuesday, May 26, 2009

KELUASAN DAERAH SEGAMAT

Keluasan daerah Segamat ialah 280,728.76 Hektar.Daerah Segamat terdapat 11 mukim .
Jadual dibawah menunjukkan keluasan Daerah segamat mengikut Mukim :-

i. Luas kawasan daerah Segamat
282.534.5 Hektar / 2.825.4 km persegi.

ii. Jumlah Penduduk Segamat
178.266 orang (bancian 1991)
269.709 orang (menjelang tahun2010)
8.6% daripada penduduk negeri Johor

(sumber;http://www.johordt.gov.my/pdsegamat/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=78)

Bil
Mukim
Keluasan (Hektar)
1
Sungai Segamat

18,129.91

2

Jementah

22,791.89

3
Gemereh

2,071.99

4
Jabi

13,985.93

5
Sermin

12,172.94

6
Buloh Kasap
26,158.88
7
Gemas

30,043.86

8
Pogoh
16,291.02
9
Labis

42,216.80

10
Bekok
78,476.63
11
Chaah
18,388.91
Jumlah Keluasan Daerah Segamat
280,728.76

Monday, May 25, 2009

Durian Segamat


Informasi tentang durian

Nama Biasa: Durian
Nama Saintifik: Durio Zibethinus Murr
Keluarga: Bombaceae

Asal Usul Durian:
Durian dipercayai berasal dari gususan Pulau-Pulau Melayu. Di antara spesis-spesis yang dijumpai di Malaysia adalah daripada jenis Durio yang menghasilkan buah-buah yang boleh dimakan termasuk D.Gaaveolens, D.Dulcis, dan D.Kutenjensis.

Kawasan-Kawasan Utama Durian:
Durian telah ditanam di seluruh pelusuk Malaysia dengan kawasan-kawasan tanaman komersial durian seperti di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kandungan Khasiat Durian :
Komposisi khasiat durian adalah seperti berikut:-

Nutrisi Durian


Setiap 100 gm bahagian yang dimakan


Tenaga


153 kcal


Kabohidrat


27 gm


Kalsium


40 mg


Zat Besi


1.9 mg


Vitamin A (Carotene)


150 mg


Vitamin C


23.3 mg


B1


0.1 mg


B2


0.13 mg


Lemak


3.4 mg


Protein


2.7 mg


Kegunaan & Potensi Durian:
Durian dianggap sebagai Raja kepada segala buah dan ianya dimakan secara mentah. Durian adalah buah-buahan yang paling popular di negara ini. Permintaan terhadap buah durian adalah yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Pelbagai jenis produk yang berasaskan buah durian dapat dihasilkan. Antara produk-produk yang telah dihasilkan seperti; lempok durian, serbuk durian, jem durian dan sebagainya.

Durian Segamat

Ingat Raja Buah...?
Ingin Menikmati Durian Cengis...?
Durian Lemak Manis...
Segamat Menyediakan Segalanya
Durian Segamat...
Segalanya Segar... Amat di SEGAMAT...

Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara durian-durian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain.

Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat ini. Diantara kawasan-kawasan kampung dimana Durian Saka ini ditanam adalah seperti di Kampung Bumbun, Kampung Sepinang, Kampung Jabi, Kampung Gelang Chincin, Kampung Pogoh dan juga di sekitar kawasan Buloh Kasap. Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi.

Segamat juga menpunyai kawasan tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di Segamat ini.



(sumber;www.mdsegamat.gov.my)

Sejarah Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar " Daerah Lagenda " .

Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai " Daerah Sumpahan Malim Deman" .


Sungai Segamat

Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai " Kampung Lubuk Batu" .

Dan di pengkalan Lubuk Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru, Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan " Segar Amat " yang dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama " Segamat ".

Segamat juga disebut sebagai " Rantau Panjang " dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.

Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai " Jambu Condong " dan " Leban Condong " .








Rujukan :
"Segamat - Sejarah & Mitosnya" by Drs. Ungku Mohd. Zaman Tahir


(sumber;http://www.johordt.gov.my/pdsegamat/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=76)