Saturday, June 27, 2009

H1N1 Semakin Menganas



H1N1 Semakin Menganas

APA DIA H1N1:

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika.

Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

virus baru muncul. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.


APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Seperti selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan.

Ini samalah seperti demam selsema biasa.Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor atau pihak kesihatan.


RAWATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.


PENCEGAHAN :

Elakkan diri dari melakukan kunjungan ke negara-negara yang mempunyai kes yang tinggi. Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air


PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain. Memakai topeng muka tak ada faedah. Banyak yang terkena selsema ini boleh diubati di rumah.

Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.


Ketika tulisan ini ditulis hari ini :


Membabitkan lapan kes import dan tiga tempatan.


*Mencatatkan 91 kes keseluruhan setakat ini.


*56 kes masih di wad, 35 dibenar keluar hospital.


*Anak Timbalan Ketua Menteri Sabah antara yang positif.


*Kementerian bekukan serta merta cuti 100,000 kakitangan kesihatan awam.


*Program pelajar di luar negara dibatal, tunda.


*Sekolah berhawa dingin dicadang guna kipas.


*Umat Islam digesa adakan solat hajat.


*Universiti Malaya tubuh jawatankuasa bertindak tangani penularan.


*Rais Yatim cadang istilah selesema babi digunakan semula.


Amalkan cara hidup yang bersih.


Kak Midah

Sg Rapat
Posted by Kak Midah at 9:56 AM 0 comments Links to this post

(http://hamidahosman.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment