Sunday, June 21, 2009

Premiks Laluan Paip SAJ yang kurang Selesa







1. Terima kasih kepada Kerajaan Johor dan juga pihak SAJ kerana telah melaksanakan projek memasang paip air jenis ms 421mm diameter.

2. Projek itu bermula dari Jalan (FT001), melalui Jalan Ahmad dan Jalan Station dan Jalan Muar/Segamat (FT023) hinggalah ke Taman Laksamana.

3. Mohon di turap semula jalan di sebelah laluan paip air SAJ yang baru di bina, kerana patching laluan paip air SAJ tersebut tidak sama rata dengan permukaan jalan asal. ini membuatkan kenderaan kita tidak selesa apabila melalui jalan tersebut.

4. Bermula dari Taman Laksamana/Taman Bendahara hingga ke persimpangan masuk jalan station. (FT023). dan dari Jalan Station hingga persimpangan Jalan Ahmad dan sepanjang jalan Ahmad (kawasan parking) hinggalah ke Jalan Ibrahim (FT001)

5. Terima kasih juga pada pehak JKR Daerah Segamat kerana pada 14 Mei 2009 yang lalu, telah memaklumkan bahawa SAJ akan mengarahkan Kontraktor yang memasang paip air itu, untuk membuat kerja-kerja baikpulih laluan tersebut secara milling selebar 3.5meter dan akan infill semula dengan premiks.

No comments:

Post a Comment