Wednesday, June 24, 2009

Nilai Ekonomi Sampah





Nilai Ekonomi Sampah

Topik U-wartawan 26 Jun

Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd telah menjadi yang pertama di dunia untuk menukarkan sampah sarap kepada petrol dan diesel. Bukan sahaja kertas dan kayu, plastik yang sukar dikompos juga boleh diproses menjadi minyak.

Penemuan teknologi baru ini sudah tentunya boleh mengurangkan tapak pelupusan sampah di negara kita, selain mendatangkan punca pendapatan baru yang menguntungkan.
Selain menjadi pencapaian membanggakan kepada anak tempatan, kejayaan tersebut membuka satu lagi penyelesaian kepada masalah pelupusan sampah. Malah penemuan ini juga menjadi sumber tenaga alternatif kepada sumber lain bahan bakar.

Pastinya juga teknologi dan penememuan ini akan meningkatkan nilai ekonomi kepada sampah yang selama ini dilihat sebagai bahan buangan dan usaha kitar semula dilihat sangat terhad kepada bahan tertentu.

Apakah ini merupakan penemuan terbaik kepada pelbagai jenis sampah dan buangan dan penyelesaian kepada banyak masalah pencemaran dan alam sekitar serta pada masa sama menyumbang kepada pendapatan golongan tertentu dan memberikan nilai tambah ekonomi.

(sumber;http://u-wartawan.blogspot.com/2009/06/nilai-ekonomi-sampah_23.html)

segamat4u;

1. Semoga selepas ini masalah aduan sampah tidak di angkut di PBT akan berkurangan, kerana pengguna boleh dapat duit lagi dari hasil jualan sampah kepada Greenbase Utama Sdn. Bhd.

2. Kerajaan juga boleh menjimatkan duit dengan mengkaji semula atau tamatkan sahaja dasar penswastaan tersebut.

No comments:

Post a Comment