Monday, June 22, 2009

"Traffic Light" di Segamat



"Banyak betul "traffic light" kat Segamat sekarang ni, mengalahkan JB.

Begitu komen Kak Long beberapa minit selepas menyaksikan satu demi satu lampu trafik yang perlu di tempuh sepanjang perjalanan dari Bandar Putra hingga ke Batu Anam. Saya sendiri yang sudah lama tidak selesa dengan keadaan ini mengambil kesempatan ini untuk merungut sama. Bermula dengan lampu isyarat di persimpangan Segamat Baru sehingga persimpangan Masjid Jamek Batu Anam, pengguna jalan raya perlu "menghormati" 13 lampu isyarat sekiranya melalui laluan menyeberangi jambatan utama. Sekiranya melalui jambatan kedua (yang pada asalnya untuk mengelakkan kesesakan dan berseronok memandu tanpa banyak lampu isyarat), jumlahnya tetap sama, 13.

Kesimpulannya, memandu di Segamat tidak menyelesakan dek gangguan lampu isyarat. Bukan sahaja bilangan lampu isyarat yang membosankan, malah ada juga lampu isyarat di persimpangan tertentu yang menyusahkan, mengelirukan dan memeningkan! Lampu isyarat di persimpangan jambatan utama sepatutnya tidak dibuat sebegitu rupa sehingga pemandu yang ingin masuk ke kiri perlu menunggu sama seperti pemandu yang ingin terus ke hadapan. Lampu isyarat di persimpangan Paya Pulai ternyata menyusahkan pemandu. Sebaik-baik sahaja melepasi lampu isyarat di persimpangan Kg Jawa, pemandu perlu bertindak pantas memastikan lorong yang betul dan ini tidak mudah dilakukan berasaskan pengalaman sendiri. Persimpangan masuk kanan ke Dewan Raya Pekan Jabi juga menyusahkan justeru tiadanya "storage lane"Pemandu yang sepatutnya ingin terus kehadapan terpaksa membontoti kenderaan di depannya sehinggalah lampu bertukar hijau. Kalaulah pemandu membuat perancangan lebih awal dia tidak akan berdepan dengan situasi begini, namun ini tidak selalunya dapat dilakukan!

Kalaulah PBT dapat memikirkan jalan terbaik untuk pemanduan yang lebih selesa kepada pengguna jalan raya di bandar yang "segar amat" ini. Lampu isyarat sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan pengguna!

Pena Tumpul - Sempat baca buku di depan lampu isyarat

(sumber;http://kamil61.blogspot.com/)

segamat4u kata;

1.0 Memang benar "taffic light" kat segamat sekarang banyak, mengalahkan JB tapi Segamat masih kalah dengan Bandaraya Bersejarah Melaka, kat sana pun terlebih banyak "traffic light" dari Segamat.

2.0 Banyak atau sikit "traffic light" orang segamat tetap berterima kasih pada pihak Kerajaan. kerana membelanjakan beribu-ribu duit untuk kemudahan lampu isyarat ni, dan juga ianya di harap akan menurunkan kadar kemalangan serta menambahkah keselesaan.

3.0 Masalah penyelengaraan dan pengurusan "traffic flow" di traffic light ini perlu di ambil berat oleh pihak yang menyelia "traffic light" ini, seperti JKR dan MDS.

4.0 Dengar-dengar Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat dan juga Ahli-Ahli Majlis Daerah telah berkali-kali menyuarakan masalah pengurusan "traffic light" ini..

5.0 semoga ianya di ambil perhatian demi kepentingan pengguna.

1 comment:

  1. Trafic light banyak tak jadi masalah.. masalahnya ialah penyelenggaraan dan pemantauan trafic light tu.. banyak yang rosak dan berfungsi tidak betul.. bila lampu hijau 5 saat je, sedangkan trafick berbaris di jalan, itukan tak kena.. sedangkan laluan kosong, hijaunya lama sekali... (Persimpangan Muadzam, selalu berlaku begini.

    ReplyDelete